About Me
Assalamualaikum dan hai semua! Selamat datang ke blog saya :) ! Pertama sekali saya ingin memperkenalkan diri saya dahulu hehe. Nama diberi Noor Faiezin Binti Zulkefli. Kebanyakkan orang panggil saya dengan macam macam gelaran antaranya Itin , Atin , Kotin , Faitin dan banyak lagi. Kalau dalam keluarga pula saya digelar kakak oleh adik beradik dan ibu bapa saya. Jadi terpulanglah dekat korang semua nak panggil saya apa tapi lagi mesra dipanggil itin lah :D sebab nampak macam unik hehehehe. Saya dilahirkan pada 11 Julai 2000 di Hospital Batu Pahat, Johor. Saya mempunyai 5 adik beradik dan saya seorang sahaja "princess" antara kami. Kalau nak diceritakan tentang hobi pula , saya ada banyak sangat hobi. Antaranya bermain bola jaring, futsal, hiking, bernyanyi, menari, ootd, cuba makanan baru dan banyak lagi aktiviti terutamanya yang lasak lasak, kalau nak tulis semua memang tak muat lah.. Sebelum ditempatkan di UKM , saya belajar di Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota di Kuala Lumpur dan sekarang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Sukan dan Rekreasi . Bercita-cita ingin menjadi seorang guru di sekolah menengah yang dapat membuatkan pelajar lebih meminati bidang sukan dan mengembangkannya. Saya rasa itu sahaja tentang perkenalan diri saya , saya harap korang tak bosan lah baca :'( Last but not least saya berharap juga ini adalah permulaan saya untuk dapat membuat lebih banyak blog pendidikan seperti ini. Stay Safe Stay Healthy everyone! <3