Pada minggu kesembilan pelajaran pada hari ini, kami diberi ruang dan masa untuk membincangkan kerja AR kami dengan ahli kumpulan masing-masing. Kami diarahkan untuk bincang dan memilih topik untuk tugasan ini. Bagi kumpulan saya, kami terdiri daripada empat orang ahli. Kami bersetuju untuk memilih satu daripada topik sukan, iaitu sejarah sukan. Kami mengambil masa yang lama untuk menentukan subtopik kerana kami perlu memastikan subtopik yang dipilih adalah mudah dan senang untuk difahami pengguna. Setiap ahli mempunyai tugas dan bahagian masing-masing yang telah diasingkan untuk menjadikan kerja lebih mudah dan tersusun.